Penduduk dapat vaksin dalam bas MOVAK

Penduduk dapat vaksin dalam bas MOVAK

Oleh Husin Ibrahim 

filrahpahang@fikrahpahang.gmail.com 

MARAN: Penduduk di kawasan FELDA, penempatan Orang Asli dan desa seluruh negara menjadi tumpuan utama kerajaan bagi merancakkan pelaksanaan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).

MARAN 14 JULAI 2021. Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang juga ahli Parlimen Maran, Dato Sri Ismail Abd Mutallib ketika membantu warga emas sempena progran Mobilisasi Vaksin Komuniti di Klinik Kesihatan Kuala Wau. Insiatif ini merupakan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), menyediakan tiga biji bas untuk kegunaan penduduk setempat bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).  FIKRAH PAHANG/ HAFIZ AWANG

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Temparan (KPKT) yang juga Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata program cakna rakyat seperti itu sentisa mendapat sokongan padu semua pihak. 

Ismail berkata, program itu bukan sekadar proses memudahkan penerimaan vaksin di kalangan penduduk tatpi secara langsung dapat meningkatkan kadar peratusan vaksinasi COVID-19 di negara ini.

“Dengan menggerakkan bas yang diubah suai sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diharap akan lebih mudah bagi rakyat di pedalaman untuk mendapatkan suntikan. 

“Ia dapat menyelesaikan masalah asas penduduk yang sukar keluar berikutan rumah mereka yang jauh dari bandar,” katanya selepas program MOVAK di Kampung Kuala Wau, di sini. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, YB Mohd Sopian Abd Jalil dan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan Parlimen Maran, Datin Seri Fatimah Kasim.

Dr Ismail berkata, program MOVAK di Maran adalah yang pertama di Pahang dan bermula di Kampung Kuala Wau, diikuti Kampung Orang Asli Membau serta Kampung Pesagi. 

“Sekurang-kurangnya 13,000 daripada 105,000 penduduk yang layak sudah menerima suntikan dos pertama vaksin,” katanya. 

Ismail berkara, MOVAK dilancarkan oleh Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin di Pulau Pinang. 

Menurutnya, pelancaran MOVAK peringkat negeri Pahang dijangka diadakan di Kuantan, minggu depan, tetapi bergantung kepada status perintah kawalan pergerakan (PKP) daerah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *