Tak boleh masuk

Tak boleh masuk

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menolak permohonan pekebun yang menceroboh dan menanam durian di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk kembali ke kawasan itu bagi mengambil barangan mereka.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, JPNP memaklumkan, ini kerana, tindakan itu boleh mengganggu siasatan yang kini sedang dijalankan untuk tujuan pendakwaan.

“JPNP sudah meneliti laporan akhbar mengenai permohonan disampaikan kepada YAB Menteri Besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) berhubung hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal didalam kawasan HSK Batu Talam.

“Selepas mendapatkan nasihat dan pandangan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun terbabit memasuki HSK Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka.

“Jika kebenaran diberi, ia boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan,” tegas JPNP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *