MUIP pantau bendera putih untuk diberi bantuan

MUIP pantau bendera putih untuk diberi bantuan

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan terus mencari warga negeri ini yang susah ketika ini untuk diberikan bantuan. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, ini termasuk warga yang mengibarkan bendera putih. 

KUANTAN…Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman (kanan) berkunjung ke rumah ibu tunggal, Siti Endon Ismail yang memasang bendera putih di rumahnya di Kubang Buaya.

“Saya menyarankan Penghulu, Ketua Kampung dan Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dan jiran supaya memberi maklumat kepada MUIP jika terdapat keluarga yang terkesan hingga menyebabkan mereka memerlukan bantuan.

“Sejak PKP 1.0 tahun lalu hampir setiap bulan MUIP memberi bantuan keperluan asas kepada pelbagai pihak bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan,” katanya.

KUANTAN…Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman (kanan) berkunjung ke rumah ibu tunggal, Siti Endon Ismail yang memasang bendera putih di rumahnya di Kubang Buaya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu ibu tunggal, Siti Endon Ismail, 58 yang bertindak mengibarkan bendera putih dan merah pada pagar rumahnya di Kubang Buaya, semalam.

Wanita itu yang juga penerima bantuan bulanan RM300 daripada MUIP menetap bersama 100 kucing.

Siti Endon mendakwa dia memerlukan bantuan selepas tidak dapat bekerja sepanjang PKP 3.0. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *