Pahang catat 222 kes baharu COVID-19, enam kematian

Pahang catat 222 kes baharu COVID-19, enam kematian

Oleh Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang

KUANTAN: Sebanyak 222 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Pahang, hari ini, dengan enam kematian baharu sekaligus menjadikan jumlah 17,405 keseluruhan kes dengan 189 kematian. 

Pengarah Kesihatan Pahang, Dato’ Dr. Bahari Dato’ Tok Muda Che Awang Ngah, berkata daripada jumlah,  210 kes berlaku di kalangan rakyat tempatan manakala baki 12 kes warga asing.

Katanya, sembilan daerah mencatatkan pertambahan kes dan yang tertinggi adalah di Kuantan iaitu 163 kes, diikuti Temerloh (18 kes), Pekan (14 kes), Lipis (12 kes), Jerantut (enam kes), Maran (empat kes), Bentong (tiga kes) manakala Bera dan Rompin, masing-masing satu kes. 

“Lapan daerah berada dalam zon merah iaitu Bentong, Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan, Lipis dan Temerloh manakala Cameron Highlands, Rompin dan Raub berada di zon oren. 

“Sehingga ini, 2,245 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital dan tujuh Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pahang manakala 405 kes berada dalam pengawasan di rumah. 

“Berdasarkan jumlah ini, 28 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 17 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) manakala 11 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 16 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *