PBT boleh tutup kilang langgar SOP, kata Zuraida

PBT boleh tutup kilang langgar SOP, kata Zuraida

Oleh Husin Ibrahim

fikrahpahang@fikrahpahang@gmail.com

MARAN:  Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di kalangan pekerjanya.

Menteri  Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Zuraida Kamaruddin  bersama timbalannya Dato Sri Dr Ismail Mutalib munuruni bas yang khusus untuk penyuntikan vaksin secara mobile di Kampong Serengkam Maran.

Ia selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang sedia ada. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Zuraida Kamaruddin, sekali gus menafikan dakwaan kononnya PBT tidak berkuasa mengarahkan penutupan kilang yang mendatangkan risiko kepada kesihatan awam. 

“Kerajaan sudah pun menurunkan kuasa kepada PBT  pada Jun lalu. Di Selangor contohnya ada PBT mendakwa mereka tiada kuasa menutup kilang sedangkan kuasa itu sudah diturunkan kepada mereka melalui Akta 432. 

“Selain itu, mereka (PBT) juga boleh menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelas membenarkan semua PBT mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan penutupan premis atau kilang yang menjejaskan kesihatan orang ramai. 

“Oleh itu, tidak timbul isu bahawa mereka tidak ada kuasa kerana Kerajaan Pusat sudah turunkan kuasa kepada mereka dan boleh guna Akta 171 bagi menutup kilang terbabit,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja sempena Pelancaran Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Orang Ramai Kampung Serengkam, pada Khamis. 

Turut hadir timbalan beliau yang juga ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib. 

Rabu lalu,  Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Yb Ng Sze Han memaklumkan PBT tiada kuasa menutup kilang bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja. 

Sebaliknya, Sze Han mendakwa kuasa itu terletak di bawah Kerajaan Pusat untuk menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan arahan penutupan kilang atau premis perniagaan dibuat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *