Pusat vaksinasi SASMEC@IIUM dibuka 19 Julai ini

Pusat vaksinasi SASMEC@IIUM dibuka 19 Julai ini

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini bersedia sepenuhnya sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

KUANTAN…seramai 200 sukarelawan terbabit pada simulasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

Pengarahnya, Prof Dato’ Dr Mohamed Saufi Awang, berkata persiapan tempat dan petugas sudah dilakukan dalam memastikan proses pemberian vaksin lancar. 

Menurutnya, SASMEC @IIUM menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di peringkat pusat dan negeri dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di daerah ini. 

Katanya, pusat berkenaan boleh menampung kira-kira seribu penerima vaksin sehari dijangka mula beroperasi pada 19 Julai ini. 

“Kita mempunyai 184 petugas kesihatan dan bukan kesihatan di samping 136 sukarelawan terdiri daripada penuntut UIAM Kampus Kuantan,” katanya. 

KUANTAN…seramai 200 sukarelawan terbabit pada simulasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

Beliau berkata demikian pada simulasi vaksinasi di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan, di sini, hari ini. 

Simulasi disertai 200 sukarelawan dan dipantau pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kuantan dan KPT.

Dr Mohamed Saufi berkata, program vaksinasi yang akan diadakan diharap dapat berjalan lancar hingga selesai Disember depan. 

“Saya berharap semua petugas dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada masyarakat dalam usaha membalas kepercayaan yang diberikan KKM dan kerajaan negeri,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *