13 lokaliti di Kuantan kena PKPD

13 lokaliti di Kuantan kena PKPD

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 13 lokaliti di daerah ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 31 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksaaan PKPD itu selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, keputusan itu dilaksanakan selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di 13 lokaliti terbabit.

“Sebanyak 13 lokaliti terbabit yang dikenakan PKPD di daerah Kuantan ialah Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai  Derhaka, Kempadang dan Sungai Soi.

“Turut dikenakan PKPD, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan PKPD di Mukim Kuala Kuantan 1 yang bermula pada 3 Julai lalu, ditamatkan hari ini manakala PKPD Mukim Kuala Kuantan 2 yang bermula 4 Julai lalu ditamatkan esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *