Jururawat ditipu individu konon kakaknya

Jururawat ditipu individu konon kakaknya

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Seorang jururawat kerugian RM1,500 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai kakaknya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata, mangsa menerima mesej daripada suspek yang menggunakan nombor telefon tidak dikenali untuk meminjam RM1,500.

“Suspek berjanji akan membayar segera iaitu dalam tempoh beberapa jam sahaja. Bagi membantu kakaknya itu, mangsa memasukkan wang ke akaun sebuah bank atas nama orang lain pada hari yang sama,” katanya. 

Beliau berkata, selepas membuat bayaran, mangsa menghubungi kakaknya di nombor telefon yang biasa dihubungi untuk memberitahu mengenai wang berkenaan. 

Bagaimanapun, katanya, mangsa terkejut apabila kakaknya menafikan perkara berkenaan.

Menurutnya, jururawat itu kemudian menghubungi suspek menggunakan nombor telefon yang digunakan sebelum ini namun gagal dihubungi.

Menurutnya, semakan terhadap mesej yang dihantar oleh suspek sebelum itu semua sudah pun dipadamkan. 

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh kelmarin untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *