ADUN Teratai antara 29 ditahan masuk hutan simpan tanpa kebenaran

ADUN Teratai antara 29 ditahan masuk hutan simpan tanpa kebenaran

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

LIPIS: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lipis menahan 29 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Selangor di Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan itu yang berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor ditahan kerana memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, di sini, tanpa kebenaran sekitar jam 11 pagi semalam.

KUALA LIPIS 18 JULAI 2021. Seramai 29 orang yang memasuki Hutan Simpan Jelai, Lipis ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Kg. Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan.

“Turut ditahan bersama kumpulan ini adalah Yang Berhormat ADUN Teratai (Bryan Lai Wai Chong) yang beralamat di Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

“Polis juga menyita 11 kenderaan pacuan empat roda,” kata JPNP dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati, kumpulan itu memaklumkan memasuki kawasan berkenaan untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Lipis. 

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan untuk saringan kesihatan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 47 dan 88 Akta Perhutanan Negara, masing-masing keperluan permit memasuki hutan simpan serta kuasa menangkap, menyita dan menyiasat oleh pegawai perhutanan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, siasatan masih lagi diteruskan bersama pihak PDRM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *