Jambatan Putra, lampu isyarat Sungai Soi ditutup susulan PKPD

Jambatan Putra, lampu isyarat Sungai Soi ditutup susulan PKPD

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jambatan Putra dan lampu isyarat Sungai Soi/Jalan Kuantan-Endau, di sini, ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 31 Julai ini.

Menurut notis pemberitahuan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan, sebahagian laluan menuju ke kawasan Tanjung Lumpur, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi dan Kampung Pahang ditutup kepada semua pengguna jalan raya.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan Jambatan Tanjung Lumpur untuk menuju ke lokasi berkenaan.

“Pengguna diingatkan untuk sentiasa mematuhi papan tanda arah yang disediakan dan kerjasama sepenuhnya amat diharapkan,” menurut notis itu.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan tiga belas lokaliti di daerah ini dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 31 Julai.

Tiga belas lokaliti terbabit ialah Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai  Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Tas dan Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *