The Pocket Rocketman’ dapat Dato’

The Pocket Rocketman’ dapat Dato’

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUALA TERENGGANU: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut menerusi kenyataan hari ini berkata, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuatkuasa mulai hari ini.

Azizulhasni yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ antara atlet yang bakal mengibarkan cabaran Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2021 yang akan membuka tirainya pada 23 Julai ini.

Menerusi temasya sukan berkenaan, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu antara prospek negara untuk meraih pingat, khususnya emas pada temasya sukan berprestij itu.

Di Sukan Olimpik Rio 2016, pelumba berumur 33 tahun itu meraih pingat gangsa. 

Azizulhasni dijadual menyertai acara keirin dan pecut di Tokyo bersama seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *