Tugas tak terjejas walaupun 102 anggota dikuarantin

Tugas tak terjejas walaupun 102 anggota dikuarantin

Oleh Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Tugas kepolisian di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan tidak terjejas susulan 102 anggotanya, termasuk lapan pegawai kanan dikuarantin akibat COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya sudah menerima bantuan keanggotaan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

KUANTAN… Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Mohamad Noor Yusof Ali

“Semua tugas yang dirancang tidak terjejas. Kita sudah mendapat bantuan daripada IPK bagi cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Siasatan Trafik serta Bahagian Tugas Am,” katanya.

Mohamad Noor menjelaskan, daripada jumlah terbabit, 63 anggota disahkan positif dan 20 anggota kini dikuarantin di rumah manakala selebihnya berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di sekitar bandar ini.

“Kecuali seorang anggota yang kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak 14 Julai lalu, anggota lain sebenarnya tidak serius,” katanya. 

Sementara itu, Mohamad Noor mahu orang ramai patut kepada  prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidiladha, khususnya yang menetap di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Garis panduan mengenai sambutan Aidiladha sudah dikeluarkan  dan saya berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik terutama ketua komuniti di kawasan yang terlibat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *