KDYMM Pemangku Raja Pahang solat sunat Aidiladha di Kuantan

KDYMM Pemangku Raja Pahang solat sunat Aidiladha di Kuantan

Oleh Mustaffa Kamal 

fikrahpahang@fikrahpahang@gmail.com.my

KUANTAN: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni As Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, mencemar duli menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, hari ini. 

KUANTAN 20 JULAI 2021. KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencemar duli menunaikan Solat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad. VIDEO FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

Hadir sama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad. 

Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Satu Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Al-Fadhil Ustaz Afif Aisar Ahmad manakala khutbah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Al-Fadhil Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin.

Baginda kemudiannya berkenan melihat Ibadah Korban di perkarangan masjid diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Kerajaan Pahang, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *