Usahlah nak menipu…nak balik raya kan?

Usahlah nak menipu…nak balik raya kan?

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

BENTONG: Membuat agihan daging korban, menziarahi pekerja cedera dan melawat lokasi projek antara alasan pengguna jalan raya di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong, pada Aidiladha pertama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata selain itu masih ada pengguna jalan raya menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri.

BENTONG: Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong, Bentong.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya bertegas dan tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas negeri yang tidak mempunyai alasan munasabah.

“Sekurang-kurangnya 880 individu membabitkan 780 kenderaan diperiksa manakala 39 kenderaan diarah berpatah balik kerana alasan tujuan pergerakan yang tidak munasabah dengan menggunakan surat MITI.

“Masih ada individu yang menggunakan surat MITI dengan memberi pelbagai alasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook Polis Bentong.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta orang ramai memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), khususnya bagi tujuan membuat pergerakan rentas negeri dan daerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *