JPV bantu rawat 100 kucing milik ibu tunggal di Kubang Buaya

JPV bantu rawat 100 kucing milik ibu tunggal di Kubang Buaya

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membantu merawat kira-kira 100 kucing milik ibu tunggal, Siti Endon Ismail, di rumah wanita itu di Kubang Buaya.

Pengarah JPV Pahang, Dr  Kamaliah Ghazali, berkata antara rawatan segera yang diberikan ialah memberi ubat cacing, ubat kutu, vitamin, ubat selsema dan ubat mata kepada semua kucing miliknya.

KUANTAN ..Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang memberi rawatan pada kucing Siti Endon Ismail di perumahan Kubang Buaya.

Menurutnya, pihaknya turut memberi nasihat termasuk panduan kepada dia wanita berkenaan berkaitan penjagaan haiwan, permakanan dan persekitaran habitat haiwan kesayangan itu.

“Pejabat Perkhidmatan Veterinar (PPV) Daerah Kuantan diketuai pegawainya, Norman Abdul Rahman pergi ke rumah wanita terbabit di perumahan Kubang Buaya bertujuan untuk melihat seterusnya memberi rawatan pada semua kucing miliknya.

KUANTAN ..Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang, Dr  Kamaliah Ghazali (kiri) menyerahkan ubat untuk rawatan kucing kepada Siti Endon Ismail di perumahan Kubang Buaya.

“Memelihara haiwan kesayangan seperti kucing dengan jumlah yang banyak memerlukan perhatian lebih daripada pemiliknya, rawatan perlu sentiasa dilakukan bagi mengelak haiwan terbabit mudah dijangkiti pelbagai penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berkunjung ke rumah wanita penghibur maskot di pantai Teluk Cempedak, Siti Endon bagi melihat keadaan sebenar wanita terbabit menetap bersama kira-kira 100 kucing.

Sementara itu, Siti Endon mengucapkan terima kasih kepada JPV yang menyediakan rawatan pada setiap kucingnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *