21,164 anggota polis, tentera di Pahang undi awal esok

21,164 anggota polis, tentera di Pahang undi awal esok

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 21,164 anggota polis dan tentera di Pahang akan keluar mengundi awal esok.

Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata daripada jumlah itu, 6,137 adalah anggota polis manakala 15,027 membabitkan anggota tentera.

“Lima puluh pusat mengundi awal (PMA) yang mempunyai 70 saluran akan dibuka pada 8 pagi hingga 6 petang di seluruh negeri ini,” katanya selepas meninjau persiapan PMA di Dewan Badminton Kompleks PDRM, Alor Akar, di sini, hari ini.

PMA Kuantan menyediakan enam pusat mengundi yang mempunyai 10 saluran, termasuk tiga saluran di Dewan Badminton Kompleks PDRM Alor Akar, membabitkan 1,560 pengundi awal. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN