2,128 tiket je boleh jual, harap penyokong faham

2,128 tiket je boleh jual, harap penyokong faham

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahjpahang@gmail.com

SRI Pahang FC (SPFC) hanya boleh menjual 2,128 tiket untuk aksi Sri Pahang berdepan Penang FC pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, di sini, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata tindakan itu bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, penyokong skuad Tok Gajah itu diminta terus kekal patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita harap penonton yang hadir pada hari perlawanan nanti mengekalkan disiplin terutama patuhi SOP kerana keselamatan diutamakan. 

“Pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu dan mengimbas aplikasi MySejahtera perlu dilakukan sebaik hendak memasuki pintu stadium,” katanya.