21,668 kes harian COVID-19 tertinggi di Malaysia

21,668 kes harian COVID-19 tertinggi di Malaysia

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Pahang terus meningkat kepada 629 kes hari ini, berbanding 585 kes, semalam.

Situasi sama turut menunjukkan peningkatan kes tertinggi di negara ini iaitu 21,668 kes hari ini, berbanding 20,780 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan penambahan kes baharu hari ini, jumlah jangkitan keseluruhan kini sebanyak 1.34 juta kes.

Katanya, Selangor masih merekodkan kes tertinggi hari ini iaitu 6,278 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,436 kes, Kedah (2,143) dan Sabah (2,052).

“Selain itu, Johor mencatatkan 1,706 kes, Pulau Pinang (1,229), Sarawak (1,216), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899)

“Terengganu pula mencatatkan 594 kes, Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.