219 murid Tahun Satu DUN Sungai lembing terima RM100

219 murid Tahun Satu DUN Sungai lembing terima RM100

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 219 murid Tahun Satu di kawasan Dewan Undangan Negeri DUN) Sungai Lembing menerima RM100 tunai menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2002.

Penyampaian BPP itu membabitkan murid dari empat Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu SK Bukit Sagu 1, SK Bukit Sagu 2, SK Bukit Kuantan dan SK Bukit Goh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata bantuan itu diharap membantu meringankan beban ibu bapa membeli kelengkapan persekolahan.

“Bantuan ini juga sebagai tanda prihatin Kerajaan Pahang terutama murid yang baru memasuki alam persekolahan,” katanya.

Di Pahang, sekurang-kurangnya 25,146 murid Tahun Satu di negeri ini menerima RM100 tunai .

Tiada permohonan perlu dilakukan ibu bapa kerana semua murid Tahun Satu di Pahang layak menerima RM100 dan data murid diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN