BENTONG. 22 November 2024: Dewan Orang Ramai Kampung Shafie Pelangai menjadi saksi apabila 22 pelajar dari kawasan Pelangai menerima 1 unit komputer riba dan wang saku RM500 setiap seorang sumbangan Pertubuhan Kebajikan Keluarga Istimewa (PKKI) Pahang dan Ekuiti Nasional Berhad.
Penyerahan komputer riba dan wang saku ini telah disempurnakan Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Dato’ Amizar Abu Adam. Turut serta Pengerusi PKKI Pahang, Zaini Ismail dan Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad,Najla Roslan.
Pengerusi PKKI Pahang, Zaini Ismail ketika ditemui setelah selesai majlis berkata,’ penyerahan komputer riba dan wang saku ini adalah bagi menghargai dan meraikan pelajar berkenaan dan tanda sokongan agar mereka terus cemerlang dan berjaya dalam kehidupan’.
Untuk rekod PKKI Pahang merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak aktif dalam gerakan kebajikan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di negeri ini.
Oleh : KabhiIsmail