22,242 kes harian COVID-19 tertinggi di Malaysia

22,242 kes harian COVID-19 tertinggi di Malaysia

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Malaysia merekodkan kes tertinggi sejak penularan wabak pandemik terbabit iaitu 22,242 kes hari ini, berbanding 19,631 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.46 juta kes.

Katanya, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,858 kes, diikuti Sabah dengan 2,413 kes, Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477) dan Sarawak (1,403).

“Kelantan pula mencatatkan 1,351 kes, Perak (1,036), Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50) Putrajaya (25) dan Labuan (lima),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.