22,262 kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini

22,262 kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan iaitu 22,262 hari ini, berbanding 23,564, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.53 juta kes.

Katanya, Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi iaitu (7,011), diikuti Sabah dengan 2,651 kes, Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459) dan Kuala Lumpur (1,220).

“Selain itu, Kelantan pula merekodkan 1,039 kes, Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (sembilan),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.