MARAN: Sekurang-kurangnya 223 usahawan di daerah ini menerima Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, hari ini.
Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin.
Shahaniza berkata, RM669,000 diperuntukan kepada 223 usahawan, masing-masing 206 penerima sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia AIM dan 17 penerima Teman Tekun Nasional.
“Setiap penerima mendapat RM3,000 yang diharap membantu meringankan beban.
“Ia juga sebagai modal kepada usahawan yang terkesan dengan banjir dan Covid-19 di Maran untuk meneruskan dan menyambung semula perniagaan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.