24 `foodbank’ untuk penduduk terjejas di Dong

24 `foodbank’ untuk penduduk terjejas di Dong

Oleh Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

RAUB: Dua puluh empat ‘foodbank’ diwujudkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Raub bagi membantu penduduk yang terjejas dan terputus bekalan makanan, bermula hari ini. 

RAUB. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin menyerahkan bantuan makanan kepada wakil cawangan UMNO  selepas melancarkan `foodbank’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata penduduk dalam kawasan Dong yang terjejas atau amat memerlukan bantuan makanan boleh merujuk di cawangan UMNO di kawasan masing-masing. 

“Sebanyak 24 cawangan UMNO bertindak sebagai penyelaras bantuan itu. Sumbangan ini adalah satu lagi inisiatif Kerajaan Pahang melalui Bantuan Prihatin Pahang Fasa-3 untuk kawasan DUN Dong. 

“Dengan bantuan ini, ia diharap dapat meringankan beban penduduk ketika negara masih berdepan dengan wabak COVID-19,” katanya.