2,403 ketua keluarga di Maran terima bantuan wang ihsan bencana

2,403 ketua keluarga di Maran terima bantuan wang ihsan bencana

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

MARAN: Sekurang-kurangnya 2,403 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini yang juga mangsa banjir tahun ini, masing-masing menerima RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang,  Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin berkata, wang ihsan itu membabitkan peruntukan RM1.2 juta.

“Dengan pemberian wang ihsan ini diharap dapat meringankan beban dan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, Shahaniza berkata,  sekurang-kurangnya 443 KIR menerima wang ihsan itu dengan jumlah keseluruhan RM221,500.

“DUN Chenor pula membabitkan 724 KIR dengan peruntukan RM362,000,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul.