Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melanjutkan penutupan sementara 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 seluruh negara.
Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong, berkata keputusan melanjutan penutupan sementara semua pusat perkelahan itu diputuskan untuk keselamatan dan kesihatan orang ramai.
Katanya, dalam tempoh berkenaan, Pejabat Hutan Daerah (PHD) tidak akan mengeluarkan permit untuk memasuki hutan simpan kekal bagi tujuan aktiviti riadah.
“JPNP memohon maaf terhadap keputusan melanjutkan penutupan sementara semua 26 TER, HTN dan hutan simpan kekal bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 di Pahang.
Regina Mariah berkata, mereka yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit untuk beriadah boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh.