26 TER ditutup sempena Aidilfitri

26 TER ditutup sempena Aidilfitri

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup sementara 26 Taman Eko-Rimba (TER) sempena Aidilfitri pada 3 dan 4 Mei ini.

Turut ditutup sementara kawasan ekopelancongan Hutan Simpanan Kekal dan Hutan Taman Negeri Pahang.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong, berkata, pihaknya terpaksa menutup sementara kawasan ekopelancongan berikutan cuti perayaan seluruh negara.

Menurutnya, hampir semua kakitangan JPNP yang bertugas di kawasan ekopelancongan termasuk syarikat yang dilantik bercuti bagi menyambut Aidilfitri.

“Antara TER yang menerima kehadiran pelancong yang ramai sepanjang tahun adalah Mossy Forest Cameron Highlands, Taman Negeri Rompin, TER Chamang dan TER Lentang di Bentong,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.