270 kakitangan JPNP terima bantuan banjir 

270 kakitangan JPNP terima bantuan banjir 

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memberi bantuan kepada 270 kakitangan yang menjadi mangsa banjir, akhir tahun lalu.

Bantuan barangan keperluan asas dan selimut yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban mereka yang terbabit.

Pengarah JPNP, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, mangsa banjir turut menerima bantuan barangan makanan yang disediakan Kerajaan Arab Saudi kepada Kerajaan Pahang.

Menurutnya, kecuali Cameron Highlands, kekakitangan JPNP di semua daerah menerima bantuan yang sebelum ini turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya harap semua kakitangan JPNP yang menjadi mangsa banjir akhir tahun lalu dapat bersabar dengan ujian yang diterima itu.

“Saya sempat melawat mangsa banjir di Karak, Bentong, sebelum ini untuk melihat sendiri kesan bencana berkenaan. Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung mereka terbabit,” katanya selepas menyampaikan bantuan banjir kepada Pegawai Hutan Daerah (PHD) mewakili mangsa banjir, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD