Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar
BERA: Seramai 294 individu menerima peruntukan khas YAB Menteri Besar Pahang dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 di Masjid Darul Fikri, di sini, hari ini.
Penyerahan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman yang mewakili Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, peruntukan keseluruhan berjumlah RM50,065.
“Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang berupa jubah dan insentif kepada Pengerak Masyarakat Orang Asli Daerah Bera.
“Ini sebahagian usaha murni Menteri Besar Pahang kepada warga agama dan petugas-petugas melalui Jawatankuasa Agama Negeri,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.
Beliau berkata, inisiatif jubah disampaikan kepada pegawai masjid dan surau manakala bantuan khas kewangan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).