30 keluarga di Ketari dan Bilut terima duit bantuan banjir

30 keluarga di Ketari dan Bilut terima duit bantuan banjir

BENTONG: Tiga puluh keluarga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan Bilut menerima bantuan wang ihsan (WIB) daripada Kerajaan Pahang dan Kerajaan Pusat, hari ini.

Bantuan itu disampaikan oleh Penyelaras DUN Ketari dan Bilut, Dato’ Sri Mohd Soffi Abdul Razak yang mewakili YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, di Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah, di sini.

Mohd Soffi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, berkata mereka adalah penerima peringkat pertama di dua DUN berkenaan.

“Dengan bantuan ini ia diharap dapat meringankan beban selepas terkesan akibat banjir baru-baru ini,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN