300 anggota APM bertugas sepanjang Aidiladha

300 anggota APM bertugas sepanjang Aidiladha

KUANTAN: Kira-kira tiga ratus anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang akan bertugas sepanjang Aidiladha kali ini.

Pengarahnya, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, mereka bertugas di 11 daerah Pusat Kawalan Operasi APM di negeri dengan menumpukan kepada pelbagai bantuan kecemasan.

Menurutnya, mereka akan melakukan rondaan berjadual setiap tiga jam sekali membabitkan laluan utama di Jalan Negeri, Persekutuan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Saya harap pengguna lebih berhati-hati ketika memandu. Jangan terburu-buru,” katanya, di sini, semalam. – MOHD IMRAN IZZAD