SEKURANG-kurangnya 320 pemain mewakili 16 pasukan negeri dan kelab bersaing dalam Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 21 Tahun di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang Indera Mahkota, di Kuantan.
Jumlah itu termasuk 60 pemain Projek Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sebahagian daripadanya pernah mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (Sukma).
Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pahang, Muhamad Nor Omar, berkata kejohanan itu mendapat kerjasama BAM dan berkakhir hari ini.
Menurutnya, tujuan kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain remaja untuk diketengahkan.
Katanya, kejohanan berkenaan turut menjadi gelanggang pemanas di kalangan pemain muda untuk mengintai peluang mereka mewakili negara.
“Selepas berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan, pemain menjadikan kejohanan kali ini sebagai gelanggang pemulihan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD