330 pelajar tahfiz syukur dapat duit raya

330 pelajar tahfiz syukur dapat duit raya

KUANTAN: Kecerian jelas terpancar di wajah 330 pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) selepas mereka menerima duit raya sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP).

Setiap pelajar menerima RM100 sebagai hadiah Aidilfitri yang akan disambut, minggu depan.

Pengarah Bahagian Agihan Zakat MUIP, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, setiap tahun MUIP memberi duit raya kepada pelajar MTNP dalam usaha untuk memberi motivasi kepada mereka yang mengikuti pengajian agama secara profesional.

Katanya, MUIP sentiasa memantau perkembangan dan kejayaan pelajar MTNP kerana mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang agama berpeluang menerima bantuan kewangan.

“Bantuan duit raya yang disediakan diharap dapat memberi kegembiraan kepada pelajar menyambut lebaran bersama keluarga di kampung,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD.