37,792 penduduk terjejas kerana banjir di Terengganu

37,792 penduduk terjejas kerana banjir di Terengganu

KUANTAN: Terengganu mencatatkan 37,792 mangsa banjir daripada 10,401 keluarga sehingga kira-kira 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, memaklumkan semua mangsa kini berada di 310 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah penduduk terjejas menunjukkan peningkatan berbanding 29,717 mangsa daripada 8,214 keluarga di 291 PPS, malam tadi.

Daerah yang terbabit dengan banjir adalah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Kemaman kini paling ramai iaitu 12,000 mangsa daripada 3,094 keluarga yang kini ditempatkan di 37 PPS. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN