KUANTAN: Empat puluh kanak-kanak komuniti lorong Wong Ah Jang menyertai program berkhatan di surau Al-Hidayah, di sini.
Program dua hari anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dapur Infaq Ummah
Itu membabitkan kanak-kanak berumur di antara empat dan 12 tahun.
Pengasas Dapur Infaq Ummah, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, program kali pertama diadakan itu antara usaha dilakukan pihaknya untuk membantu komuniti lorong Wong Ah Jang.
Menurutnya, pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan agama dan bantuan diadakan dalam usaha membantu komuniti di kawasan itu.
“Program berkhatan bertujuan untuk membantu ibu bapa di kawasan berkenaan dalam menunaikan kewajiban mereka. Program dua hari itu berjalan lancar dalam suasana yang ceria dan meriah,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD