40 sertai acara berbasikal AADK

40 sertai acara berbasikal AADK

KUANTAN: Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SKUAD Antidadah Daerah Kuantan menyertai acara berbasikal ‘Kayuhan Let’s Ride Skuad Antidadah Daerah Kuantan’ di Taman Tasik Bandar, Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

Program dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Johari Hussain itu turut disertai Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam; Pengarah Majlis Sukan Pahang, Zamri Hassan dan Ketua Daerah AADK Kuantan, Mohamad Fahmi Mohamed Raimi.

Difahamkan, program berkenaan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara ahli skuad dan saling bekerjasama untuk membantu AADK membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia melalui aktiviti-aktiviti berbentuk anti-dadah di komuniti masing-masing.

Mereka yang berminat menyertai usaha kesukarelawan AADK boleh menghubungi pejabat AADK Daerah Kuantan di talian 09-5736139 atau layari https://skuad.adk.gov.my. – ZULKEPLI OSMAN