400 pokok untuk Pahang Pride Kid 

400 pokok untuk Pahang Pride Kid 

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyediakan 400 pokok spesies Merawan Siput Jantan sempena Pelancaran Program Anak Kebangaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022) di Taman Bandar, Indera Mahkota, di sini, esok.

Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP, Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, tetamu akan diberi peluang untuk menanam pokok berkenaan di kawasan yang disediakan penganjur.

Menurutnya, program akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang bakal menanam pokok spesies Tembusu Padang yang disediakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

“JPNP kini terbabit secara langsung menjayakan program Pahang Pride Kid 2022 dengan menyediakan pokok spesies tertentu untuk di tanam.

“Selepas majlis perasmian Pahang Pride Kid 2022, program sama akan diadakan di peringkat daerah di negeri ini,” katanya selepas meninjau persiapan terakhir program, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD