RAUB: Kira-kira empat ribu kotak Aidilfitri diagihkan kepada golongan memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Dong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata kotak Aidilfitri sumbangan Kerajaan Pahang itu diharap menceriakan penerima ketika umat Islam akan menyambut Aidilfitri, minggu depan.
“Sumbangan itu diserahkan kepada seluruh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dong untuk diagihkan kepada penduduk kampung masing-masing.
“Kotak Aidilfitri yang disumbangkan itu berisi beras pulut, susu, biskut raya, ketupat mini, bihun, gula, garam, kacang tanah, santan, tepung gandung dan kopi uncang,” katanya.
Shahiruddin berkata, sumbangan itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN