41 guru ‘one-off’ lapor diri di Pekan

41 guru ‘one-off’ lapor diri di Pekan

PEKAN: Empat puluh satu guru baharu yang dilantik menerusi pengambilan khas ‘one off’ akan bertugas di daerah ini selepas mereka melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, kelmarin. 

Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, 14 guru akan mengajar di sekolah menengah manakala baki 27 lagi di sekolah rendah.

“Saya berharap guru ini tampil sebagai individu yang beretika dan sentiasa menjaga adab dalam bidang perguruan. Saya juga berharap mereka dapat meneruskan budaya menuntut ilmu daripada guru yang berpengalaman,” katanya selepas majlis penyampaian surat penempatan.

Pada Jun 2021, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 iaitu guru secara ‘one off’. 

Beliau dipetik berkata, tindakan itu adalah untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu. 

Guru pengambilan khas secara ‘one-off’ bermakna perlantikan besar-besaran yang dibuat sekali sahaja berbanding kebiasaan lima ribu guru bagi satu-satu tempoh. – MOHD IMRAN IZZAD