435 petani Pahang terima bantuan MAFI

435 petani Pahang terima bantuan MAFI

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 435 petani dan usahawan industri asas tani (IAT) di Pahang yang terjejas bencana banjir menerima Bantuan Projek Pembangunan Semula Agromakanan.

Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Muhd Rizal Baharom berkata, sekurang-kurangnya 533.9 hektar tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, kontan dan komoditi bernilai tinggi musnah dalam bencana itu.

“Bantuan projek pembangunan semula agro makanan adalah inisatif kerajaan membantu petani dan usahawan IAT meneruskan perusahaan mereka di samping nasib petani serta usahawan terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Penyampaian Bantuan Projek Pembangunan Semula Agromakanan Pejabat Pertanian Daerah Kuantan yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan 1, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, di sini, 27 Ogos lalu.