TEMERLOH: Sekurang-kurangnya RM1.35 juta diperuntukkan kepada 4,504 murid dan pelajar di kawasan Parlimen Temerloh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata daripada jumlah itu, 1,973 murid dan pelajar akan menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) berjumlah RM591,900.
“Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) pula membabitkan 2,531 murid dan pelajar dengan jumlah RM759,300. Pemberiaan biasiswa ini diharap memberikan manfaatkan kepada murid dan pelajar,” katanya.
Mohd Sharkar berkata demikian pada Majlis Penyampaian BSR dan BSM Yayasan Pahang serta pelancaran Pahang Pride Student peringkat Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak, di sini, hari ini.
Turut hadir, ADUN Kuala Semantan, Dato’ Nor Azmi Ludin; Pengurus Unit Capaian Komuniti Yayasan Pahang, Safwati Ahmad dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, Mohd Affendey Mohd Saad. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN