ROMPIN: Sekurang-kurangnya 1,080 peserta di lima projek Tanam Semula Komersial (TSK) Orang Asli di daerah ini menerima bantuan khas persekolahan lebih RM1.4 juta, di sini, kelmarin.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, terdapat 59 ladang TSK di bawah Risda Plantation (Pusat Operasi Rompin) yang mengusahakan tanaman kelapa sawit.
Menurutnya, lima TSK Orang Asli di daerah ini membabitkan Kampung Orang Asli (KOA) Simpai, KOA Sawah Batu, KOA Jemeri, KOA Kundang dan KOA Buluh Nipis. Setiap TSK menerima antara RM1 hingga RM2 juta.
“Bantuan khas persekolahan yang disediakan Risda ini bertujuan meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka,” katanya selepas menyampaikan bantuan khas persekolahan berkenaan. – MOHD IMRAN IZZAD