Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Pic Mohd Imran Izzad
KUANTAN: Seramai 473 Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini menyertai program webinar OKU secara maya, kelmarin yang memberi pendedahan terhadap kemudahan yang layak diterima golongan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, program julung kali diadakan itu membincangkan berkaitan talian hayat golongan OKU semasa pandemik COVID-19.
Menurutnya, peserta yang menyertai program berkenaan mendapat pendedahan berkaitan inisiatif yang disediakan agensi kerajaan kepada golongan terbabit yang amat terkesan dan memerlukan perhatian serta bantuan dari pihak kerajaaan sepanjang pandemik COVID-19.

Katanya, empat panel jemputan terdiri daripada JKM, Jabatan Kesihatan Pahang Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang.Masing-masing menceritakan tugas dan peranan serta bantuan disediakan kepada golongan OKU.
“Program lebih tiga jam secara maya itu dianggap berjaya menyampaikan seberapa banyak maklumat kepada kumpulan sasar yang kini terdapat dikalangan mereka begitu terkesan berikutan PKP.
“Rata-rata peserta OKU yang menyertai program berkenaan berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh empat panel dalam bidang masing-masing,” katanya, di sini kelmarin.
Beliau berkata, program anjuran JKM Pahang dengan kerjasama UMP disertai 800 peserta termasuk ibubapa, penjaga, guru, penyelidik, kakitangan awam dan swasta, majikan serta orang awam.
Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful pekak berkata, banyak pendedahan yang diterima terutama membabitkan vaksinasi COVID-19 yang disediakan kerajaan pada penduduk negara ini.
“Saya bersyukur kerajaan tidak menbezakan antara orang normal dengan golongan OKU, saya difahamkan sudah ramai golongan OKU telah menerima suntikan secara berperingkat seluruh negeri.
“Hari ini semakin banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang memberi vaksinasi kepada OKU, terdapat juga program pemberian vaksi khususkan untuk OKU di tempat tertentu,” katanya.