54 PSS dibuka buat 2,252 mangsa banjir

54 PSS dibuka buat 2,252 mangsa banjir

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 54 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pahang yang kini menempatkan 2,252 mangsa banjir daripada 670 keluarga sehingga 12 tengah  hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah itu membabitkan sembilan daerah iaitu Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Raub, Rompin dan Kuantan.

“Lapan jalan ditutup membabitkan tujuh daerah iaitu Jalan Sungai  Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (Maran), Jalan Kuantan – Segamat (Pekan).

“Selain itu, Jalan Ulu Dong (Raub), Jalan Kuala Lipis – Jerantut (Jerantut), Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok (Temerloh) dan Jalan Bentong – Gua Musang (Lipis),” katanya.

Sehubungan itu, penduduk yang berada di kawasan rendah atau penempatan mereka mula ditenggelami air segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN