55 orang Pahang hulur tenaga di Hulu Terengganu

55 orang Pahang hulur tenaga di Hulu Terengganu

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melancarkan Misi Bantuan banjir ke Terengganu. 

Usaha itu mendapat kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dan Alam Flora Sdn Bhd. 

Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata 55 kakitangan MBK, SWCorp dan Alam Flora terbabit dalam misi berkenaan. 

“Misi bantuan lima hari di Terengganu sudah bermula semalam. Ia membabitkan 55 staf dengan 15 kenderaan.

“Misi ini lebih kepada operasi pembersihan dan menyampaikan bantuan barang keperluan kepada mangsa banjir di Hulu terengganu.

“Pemilihan Hulu Terengganu kerana daerah itu terjejas teruk akibat bencana itu,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelepasan Misi Bantuan Banjir ke Hulu Terengganu di perkarangan Kompleks Ibu pejabat MBK, di sini, hari ini. -MUHAMMAD IZZ ZAHIN