56 pelajar Petama dapat duit raya

56 pelajar Petama dapat duit raya

KUANTAN: Kegembiran jelas terpancar di wajah 56 pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) selepas menerima sumbangan Aidilfitri.

Sumbangan diberikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dibawah bantuan zakat untuk asnaf mualaf.

Ketua Unit Pembangunan Modal Insan MUIP, Sh Mohd Firdaus Sh Othman berkata, setiap tahun MUIP menyediakan bantuan Aidilfitri kepada pelajar Petama.

Menurutnya, selain kasut, baju dan songkok setiap pelajar turut menerima duit raya RM200 dan bantuan itu diberikan dapat menambahkan lagi keceriaan pelajar terbabit.

“MUIP sentiasa berusaha membantu golongan mualaf terutama masyarakat Orang Asli, kita ingin memastikan golongan terbabit terus terbela dengan mendapat bantuan dan didikan agama secara berterusan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri MUIP, di sini, semalam.

Hadir sama Dekan Institut Peradaban Islam Antarabangsa Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) Prof Madya Dr Amran Muhammad dan Pengurus Petama, Razi Musa @ Ahmad.- MOHD IMRAN IZZAD