59 keluarga Kampung Baru Permatang Badak terima bakul makanan

59 keluarga Kampung Baru Permatang Badak terima bakul makanan

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 59 keluarga di Kampung Baru Permatang Badak, di sini, hari ini, menerima bakul makanan dan barang keperluan.

Penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah. Turut sama, Timbalan Pengerusi Briged Dewan Undangan Negeri (Dun) Panching, Dato’ Mohd Zaili Besar.

“Ini menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan yang disalurkan.

“Saya juga menyeru kepada semua yang terkesan agar dapat memberi kerjasama mendaftar dan mengemaskini maklumat dengan pemimpin setempat supaya proses bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan teratur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan I turut berterima kasih kepada jawatankuasa yang mengelola bantuan banjir, hari ini.

“Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus membantu masyarakat,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN