592 generasi baru FELDA terima STR

592 generasi baru FELDA terima STR

JERANTUT: Sekurang-kurangnya 592 generasi baru FELDA dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar menerima tapak rumah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR). 

Mereka terdiri 262 peserta FELDA Lepar Utara 3, FELDA Kota Gelanggi 2  (197), manakala FELDA Kota Gelanggi 4 (133). 

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Dato’ Nazri Ngah, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 4,081 lot tapak rumah di kawasan seluas 231,752 hektar di tanah rancangan FELDA yang mendapat kelulusan Kerajaan Pahang sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 14 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Undi Lot Peserta STR (tapak rumah) bagi generasi baru FELDA bagi daerah Jerantut di FELDA Lepar Utara 3, semalam. 

Katanya, bagi kawasan FELDA lain, pemberian tapak rumah akan menyusuli mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah. 

Katanya pemberian lot tapak rumah ini agak lewat diberikan berikutan dua tahun negara berada dalam pandemik COVID-19.

Beliau berharap belia yang menerima tapak rumah rumah ini memanfaatkan dengan membina rumah mengikut kemampuan masing-masing. – MUHAMMAD NAJMIE