Enam Ketua UMNO BAHAGIAN menang tanpa bertanding di Pahang

Enam Ketua UMNO BAHAGIAN menang tanpa bertanding di Pahang

Kuantan 1 Mac 2023. Enam daripada 14 bahagian UMNO di Pahang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian setelah tamat tempoh pendaftaran Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 pada 26 Februari yang lalu.

Mereka terdiri dari Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Sri Mohamad Johari Harun, Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato’ Sri Ismail Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab. Hamid Mohd Nazahar dan juga Ketua UMNO Bahagian Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan Pemilihan UMNO 2023-2026 dijadualkan berlangsung secara serentak di seluruh negara pada 18 Mac 2023.

OLEH: Kabhi Ismail