60 baju raya untuk anak komuniti Lorong Wah Ah Jang

60 baju raya untuk anak komuniti Lorong Wah Ah Jang

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 35 kanak-kanak komuniti Lorong Wong Ah Jang menerima baju raya yang disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di sini,hari ini.

Turut menerima baju raya 25 pelajar Orang Asli tajaan MUIP yang kini sedang belajar di sekolah agama kerajaan Pahang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menyediakan peruntukan RM15,000 untuk menyediakan baju raya kepada kanak-kanak dan pelajar terbabit.

Menurutnya, MUIP menyediakan RM250 bagi setiap kanak-kanak dan pelajar terbabit bagi tujuan pembelian sepasang baju Melayu dan kurung. 

“Setiap tahun MUIP menyediakan baju raya kepada kanak-kanak komuniti Lorong Wong Ah Jang bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak terbabit yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Kita menyediakan pelbagai bantuan kepada komuniti Lorong Wong Ah Jang dalam usaha memastikan golongan terbabit terus terbela,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turut sama membantu memilih pakaian 35 kanak-kanak di gedung tekstil terkemuka, di sini, hari ini.-  MOHD IMRAN IZZAD